|
|
|
|
Kata-Kata Aluan YABHG Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad Tahniah saya ucapkan diatas pelancaran laman web Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM). Ia merupakan satu langkah yang menunjukan bahawa PBPM adalah peka kepada apa yang berlaku disekelilingnya dan tidak mahu ketinggalan didalam perkembangan semasa. Laman web ini diharap dapat menjadi “pintu” kepada semua ahli-ahlinya dan juga orang ramai yang berminat mengenai apa yang dilakukan dan diperjuangkan oleh PBPM. Sebagai bekas anggota keselamatan yang menjaga negara, saya yakin ahli-ahli PBPM mempuyai banyak pengalaman yang boleh dikongsi bukan sahaja sesama ahli malahan dengan orang ramai. Apa yang telah dilalui oleh sesetengah ahli PBPM didalam menjaga keselamatan negara perlu diketahui oleh orang ramai supaya mereka dapat menghargai sumbangan angota-angota keselamatan kita kepada kesejahteraan hidup masyarakat. Ini mungkin dapat membantu orang ramai terutamanya anak-anak muda untuk meyedari bagai mana sejarah negara kita terbentuk dan peranan besar yang dimainkan oleh angota-angota polis yang hari ini sudah pasti layak menjadi ahli PBPM. Kerana itu laman web ini sangat bermakna dan harus dijadikan sumber rujukan untuk rakyak negara ini. Akhir kata, saya harap laman web ini dapat dikemaskini seberapa kerap yang boleh. Terima kasih. Dr Mahathir bin Mohamad Putrajaya 22 April 2009 |


