Aktiviti - Aktiviti PBPM

PBPM menjalankan agenda kebajikan ahli dan prihatin terhadap masalah yang di hadapi telah menyampaikan pelbagai bentuk bantuan antaranya:

readmore_b

Asas & Tujuan:

Persatuan ini adalah sebuah pertubuhan yang progresif, berjuang menurut lunas Undang-Undang Negara dan prinsip demokrasi yang diamalkan bagi tujuan menghasilkan cita-cita dan aspirasi Ahli, Rakyat, dan Negara.

readmore_o

Sejarah Penubuhan:

Melalui beberapa rundingan dan sokongan kerajaan maka, pada 16 Disember 1972, wujudlah sebuah persatuan dinamakan PERSATUAN BEKAS POLIS PENCEN DAN BEKAS-BEKAS POLIS MALAYSIA

readmore_g

Waktu Sekarang

Statistik Laman Web

OS : Linux h
PHP : 5.3.22
MySQL : 5.1.69-cll
Masa : 17:25
Caching : Disabled
GZip : Disabled
Content View Hits : 199378

Pengumuman.!!

PDF Cetak Emel

Sejarah Penubuhan

Melalui beberapa rundingan dan sokongan kerajaan maka, pada 16 Disember 1972, wujudlah sebuah persatuan dinamakan PERSATUAN BEKAS POLIS PENCEN DAN BEKAS-BEKAS POLIS MALAYSIA dimana cawangan-cawangan diwujudkan diseluruh Negara. Y.M Raja Adnan bin Raja Abdullah , bekas Pengarah cawangan khas adalah merupakan pengasas Presiden pertama yang berpejabat di 24A, Jalan Pasar Borong, Off Jalan Maxwell, Kuala Lumpur. Beliau Berjaya menubuhkan 14 bahagian diseluruh Negara.

Dibawah kepimpinan beliau, persatuan telah Berjaya mendapatkan  Skim Rawatan Percuma HospitalKerajaan kepada ahli-ahli dan juga mendapatkan pengecualian cukai kepada Syarikat/orang ramai yang menyumbangkan derma kewangan kepada persatuan. Perintah ini diwartakan Kerajaan CN 1400 pada 10 Mei 1973.

Pada 13 Mei 1974, nama persatuan telah diubah kepada Persatuan Bekas-Bekas Polis Malaysia (PBBPM) yang kekal hingga ke hari ini. Kerajaan seterusnya menubuhkan satu unit khas untuk menaja kebajikan  ahli-ahli KBBPM yang diletakkan di bawah pentadbiran Setiausaha Bahagian ‘E’ Kementerian Dalam Negeri . pada 16 Oktober 1975, Ibu Pejabat Persatuan Bekas Polis Malaysia bertukar ke alamat No. 10 ,Tingkat 8,Bangunan Syarikat Kerjasama Polis DiRaja Malaysia (Bangunan Koperasi Polis) Jalan Sulaiman ,Kuala Lumpur. Allahyarham Y.M Raja Adnan  menerajui Persatuan Bekas Polis Malaysia dari tahun 1972-1980.

Presiden kedua Persatuan Bekas Polis Malaysia ,Y. Bhg. Sheikh Harun bin Abd. Rauf adalah bekas Sarjan cawangan Semboyan , menerajui PBPM hingga tahun 1983. Ibu Pejabat Persatuan berpindah ke No.72 Jalan Zabedah , Batu Pahat, Johor. Dalam jangka masa tersebut,PBPM dilanda masalah apabila timbulnya masalah pemalsuan kad keahlian Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Pada tahun 1983,Jawatan Presiden disandang oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Hj. Mansor bin Hj. Mohd Noor, Bekas Pengarah KDN / KA , dibawah beliau, Ibu Pejabat Persatuan Bekas Polis Malaysia dipindahkan semula ke alamat JKR 2F, Blok 17, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Beliau mengundur diri pada tahun 1985 atas sebab bergiat aktif didalam perniagaan. Kekosongan jawatan tersebut dipangku oleh Tuan Haji Malek bin Haji Omar.

Presiden PBPM yang keempat ialah Y.B Dato’ Abu Zahar bin Datuk Nika Ujang (kini Tan Sri – Bekas ASP dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan pada masa itu). Beliau telah Berjaya mendapatkan Grant tahunan sebanyak RM 100 ribu setiap tahun. Pentadbiran Ibu Pejabat  berjaya dipertingkatkan dengan lebih berkesan dan sistematik. Meskipun begitu  pada tahun 1991 berlaku pergolakan dalam PBPM hingga membawa kepada tindakan Injuksi melalui Perintah Mahkamah. Kes ini berlarutan hingga tahun 1995.

Pada tahun 1995 masalah tersebut dapat diatasi melalui sokongan KDN dan PDRM. Pada 8 Januari 1995, Y. Bhg. Dato’ Mansor bin HM Jaafar telah terpilih sebagai Presiden KelimaPBPM. Di bawah kepimpinan beliau, grant tahunan PBPM telah dinaikkan kepada RM 200 ribu. Beliau mencipta sejarah apabila dilantik sebagai senator pertama yang mewakili persatuan bekas polis Malaysia pada 30 mei 2005, beliau meletak jawatan sebagai presiden atas sebab kesihatan. Jawatan dipangku oleh Y.bhg Datuk Yusuf Hamdain Dieno hingga 16 disember 2005.

Presiden ke enam Persatuan Bekas Polis Malaysia disandang oleh Syafie Bin Bakri melalui perhimpunan Agung Khas memilih Presiden pada 16 Disember  2005 yang berlangsung di Glury Beach Resort Port Dickson.

Berpandukan nasihat dan pandangan Pendaftar Pertubuhan, Persatuan Bekas Polis Malaysia telah melaksanakan Mesyuarat Agung Khas diperingkat negeri-negeri pada bulan November hingga Disember 2007. Seterusnya pada 29 Disember 2007 PBPM melaksanakan Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi untuk sesi 2007 hingga 2010. Persatuan Bekas Polis Malaysia sekali lagi diterajui oleh Presidennya Shafie Bin Bakri.

 

 

Pautan Pantas