SYARAT KEAHLIAN PBPM

Jenis Ahli

Ahli-ahli Persatuan ini terbahagi kepada 4 kategori:-

  • Ahli Biasa Seumur Hidup
  • Ahli Bersekutu Seumur Hidup
  • Ahli Kehormat; dan
  • Ahli Gabungan

Ahli Seumur Hidup

Terdiri dari semua WARGANEGARA MALAYSIA yang telah berkhidmat berterusan tidak kurang daripada dua belas ( 12 ) bulan dalam Pasukan yang seperti berikut 

  • Bekas Anggota Polis Di Raja Malaysia
  • Bekas Anggota Polis Tambahan ( EPC ) termasuk Bekas Anggota Pengakap Sempadan, Skuad Hutan, Unit Kawalan Kawasan dan Unit Senoi Praaq
  • Bekas Anggota Polis Khas ( SC )
  • Bekas Anggota Polis Bantuan ( AP ) termasuk Pasukan Kawalan Kampung ( HG ) atau lain-lain Unit yang ditubuhkan di bawah Akta Polis yang telah berkhidmay di antara tahun 1948 hingga 1963
  • Bekas Anggota Sukarelawan Polis ( PVR )
  • Bekas Polis Singapura yang berkhidmat tidak kurang daripada dua belas ( 12 ) bulan sebelum tarikh 8 Ogos 1965, bermaustatin dan menjadi Warganegara Malaysia

Ahli Bersekutu Seumur Hidup

Terdiri dari semua WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun seperti berikut :

  • Bekas Anggota Polis Singapura yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang daripada 12 bulan dalam pasukan itu selepas 8 Ogos 1965
  • Bekas Anggota Polis Brunei yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang daripada 12 bulan dalam pasukan itu
  • Bekas Anggota Polis yang tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang tertera di ruangan Ahli Biasa Seumur Hidup
  • Semua Balu atau Duda kepada Bekas Anggota Polis  seperti yang dinyatakan di ruangan Ahli Biasa Seumur Hidup
  • Isteri, Suami atau Anak kepada Bekas Anggota Polis  seperti yang dinyatakan di ruangan Ahli Biasa Seumur Hidup

Ahli Kehormat

Terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai kedudukan yang baik , telah banyak membuat jasa kepada PDRM, PBPM, Masyarakat, Negeri atau Negara. Tertakluk kepada keputusan Persatuan dan yuran yang ditetapkan.

Ahli Gabungan

Terdiri dari persatuan-persatuan yang telah berdaftar di dalam atau di luar negara.